Selamat Datang ke Laman Rasmi Alumni MRSM Tawau, Sabah! Semoga Laman ini memberi INFO kepada anda semua. Salam dari kami, Alumnians MRSM Tawau, Sabah. ( ALMART )

Kerjaya Peguam

Posted by alumnimrsmtawau On 2:25 PM



Negara ini masih kekurangan rakyat yang menceburi bidang guaman dan disebabkan oleh kekurangan yang ketara ini mereka yang berkelayakan mempunyai peluang yang besar dan pasaran yang tinggi.

Untuk menjadi seorang peguam, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu kelayakan akademik di bidang undang­undang, berkemahiran dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik, di samping mempunyai kebolehan untuk menilai, meneliti, menterjemah dan ber­pandangan jauh dan mempunyai tabiat suka membaca.

Tidak memadai jika sekadar berbekalkan ilmu dan pe­ngajian dan universiti semata-mata untuk menjadi peguam, kerana banyak faktor lain yang perlu sama dipertimbangkan. Antaranya ialah persediaan diri secara mental, disiplin dan kematangan berfikir selaras dengan falsafah undang-undang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara tugas seorang peguam ialah menasihat dan menjadi pakar rujuk yang bijak dan berpengetahuan secara teori dan praktikal mengikut kesesuaian dengan kes dan keadaan, menjadi peguambela dan peguamcara yang berpengalaman, cekap dan mahir dalam hal-hal pendakwaan dan pembelaan hak di sisi undang-undang, di samping mem­perbaiki dan meningkatkan taraf profesionnya, mahkamah dan undang-undang itu sendiri.

Kerjaya di bidang ini adalah luas kerana ia merangkumi segala aspek kegiatan manusia, ekonomi, politik dan sebagainya. Dewasa ini mereka yang berkelulusan di bidang undang-undang boleh berkhidmat di sektor kerajaan atau di swasta seperti di institusi kewangan, petroleum, industri, telekomunikasi, hartanah, perakaunan dan insurans sebagai penasihat undang-undang. Contohnya, bagi mereka yang memiliki pengalaman, boleh membuka firma guaman secara persendirian atau perkongsian.


Bagi yang berpengalaman dan berkaliber, mereka mungkin akan dilantik sebagai hakim mahkamah rendah dan tinggi, yang lainnya boleh menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan negeri dan persekutuan. Mereka juga bertanggung­jawab merangka undang-undang secara tepat dan terperinci. Undang-undang dan akta-akta polis, askar, jabatan buruh, kastam, jabatan hasil dalam negeri dan jawatan lain di agensi-­agensi kerajaan adalah dalam bidang tugas mereka.

Sumber : Laluan Kerjaya

Comments
0 Comments