Selamat Datang ke Laman Rasmi Alumni MRSM Tawau, Sabah! Semoga Laman ini memberi INFO kepada anda semua. Salam dari kami, Alumnians MRSM Tawau, Sabah. ( ALMART )

About MRSM TAWAU

Posted by alumnimrsmtawau On 11:05 AM







Maktab Rendah Sains MARA Tawau merupakan salah satu MRSM yang terdapat di Sabah. MRSM ini terletak di Tawau dan mampu menampung seramai 850 orang pelajar pada satu-satu masa.[1]

MRSM Tawau pada awalnya dijangka untuk mula beroperasi dalam Februari 2008 namun ia mula beroperasi pada bulan Mac 2008.[1] Pada pengambilan pertamanya, seramai 84 orang pelajar telah diterima untuk kemasukan ke tingkatan satu dan 76 pelajar lagi bagi kemasukan ke tingkatan empat.[2] 

Pada Tahun 2009, Seramai 84 calon batch sulung MRSM Tawau telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan sararan Gred Purata Maktab ( GPM ) 1.8 dan telah berjaya menduduki tangga ke-36 keseluruhan MRSM SE-Malaysia dengan pencapaian GPM 2.2 meletakkan MRSM Tawau di tempat ke-5 MRSM Seluruh Borneo di belakang " abang senegrinya " iaitu MRSM Kota Kinabalu. Ini membuktikan walaupun MRSM Tawau merupakan salah sebuah MRSM yang baharu ditubuhkan, namun telah berjaya menyaingi beberapa buah MRSM lain yang sudah sekian lama bertapak di semenanjung Malaysia. Antara bekas pelajar yang dinobatkan sebagai Pelajar terbaik MRSM Tawau pada ketika itu ialah Loyd Janie Jahil ( Moscow Medical Academy, Russia ) dan Sarah Helmy, ( Universiti Putra Malaysia, UPM ).


Pada Tahun 2010, berkat kesungguhan dan iltizam yang teguh warga pendidik dan 129 calon anak didik SPM batch keduanya, MRSM Tawau sekali lagi telah melakar sejarahnya apabila berjaya menduduki ranking " 10 Maktab terbaik " keseluruhan MRSM SE-MALAYSIA dan secara langsung dinobatkan sebagai " MRSM Terbaik Borneo ". Program Gemilang SPM 2010 yang diselia oleh Pengarah, En. Mohd Nasrizal B. Mohd Nasir, dan En. Ahmad Riduan B. Hamdan telah sampai ke kemuncak sebaik sahaja pengumuman keputusan SPM secara rasmi pada 23 Mac 2011 di mana kesemua 129 calon SPM MRSM Tawau berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 1A dalam kesemua matapelajaran yang diambil sekaligus meletakkan MRSM Tawau di tangga ke-5 keseluruhan MRSM SE-MALAYSIA dengan GPM 1.9. Antara bekas pelajar yang dinobatkan sebagai Pelajar terbaik MRSM Tawau pada ketika itu ialah Ray Jakwel Johnny ( International Medical University, IMU ) juga penerima Anugerah Pelajar terbaik SPM Borneo dan Inma Ruziana Noor Mohd Yusslin ( A-Level Kolej MARA Seremban, KMS ).

  

Alamat
Peti Surat 61275,
91022 Tawau,
Sabah.
Tel : 089-911655
Faks : 089-911544

Comments
0 Comments