Selamat Datang ke Laman Rasmi Alumni MRSM Tawau, Sabah! Semoga Laman ini memberi INFO kepada anda semua. Salam dari kami, Alumnians MRSM Tawau, Sabah. ( ALMART )

Penantian SPM 2012 Terjawab

Posted by alumnimrsmtawau On 6:20 AM




Bukan kejayaan menjadi bukti ukuran keputusan yang anda perolehi hari ini, tetapi usaha dan pengorbanan yang anda telah lakukan demi mencapai apa jua kejayaan. Keputusan SPM yang anda kecapi hari ini hanyalah sebagai salah satu titk persinggahan sementara dalam menyusuri liku-liku perjalanan menuju kejayaan. Sesungguhnya, perjalanan masih panjang.

Bagi mereka yang berjaya, tahniah diucapkan, dan yang kurang berjaya, tahniah juga diucapkan kerana anda semua telah berusaha semaksima mungkin selama berada di Maktab Rendah Sains MARA Tawau, Sabah. Sesungguhnya, sekecil-kecil usaha yang anda lakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan. 

Teruskan usaha anda! Semoga berjaya pada masa hadapan. 

Akhir kalam, setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua calon SPM MRSM Tawau 2012/2013 atas kejayaan  menduduki SPM 2012.

Ranking SPM 2012 MRSM Se-Malaysia

Comments
0 Comments