Begittilah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Profesion perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan. Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan malah kini telah wujud sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idnis (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.
Di peringkat universiti banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan. Malah Kementenian Pendidikan merancang meramaikan lagi bilangan guru-guru yang berpendidikan diploma dan ijazah.
Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, Kementerian Pendidikan membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peningkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka. Ini selaras dengan usaha Kementenian Pendidikan untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.
Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk, maka semakin banyak guru diperlukan tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar. Pendek kata di mana ada sekolah, maka di situ pastinya ada guru.
Lulusan institusi pengajian di bidang mi tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh Kementenian Pendidikan selepas menamatkan pengajian. Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.
Daripada segi pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah. Maktab-maktab perguruan dan universiti menawarkan pelbagai kursus yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah atau menengah. Maktab-maktab perguruan menawarkan kursus berkaitan mata pelajaran sekolah rendah dan menengah rendah, sementara universiti menawarkan kursus yang diajar di peningkat menengah atas.
Para pelajar boleh memilih kursus yang sesuai sama ada aliran sains, sastera, agama, teknik, vokasional atau bahasa.terletak Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlainat murninya. Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Meminati profesion ini
(ii) Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar
(iii) Sanggup mendidik dan menunjuk ajar munid-munid
(iv) Bersifat sabar
(v) Berkeperibadian mulia
(vi) Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
(vii) Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar
SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI
Untuk menjadi seorang guru, individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Para pelajar boleh melanjutkan pengajian sama ada di maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus penguruan di peningkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.
SYARAT YANG DIPERLUKAN
(i) Peringkat sijil dan diploma
Pelajar harus lulus dengan baik di peningkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kepujian bahasa Melayu.
(ii) Peringkat ijazah sarjana muda
Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijaiah sarjana muda:
Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peningkat SPM untuk dipilih masuk ke program matnikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat mi, para pelajar akan ditawarkan ke peningkat ijazah pertama.
Cara kedua: Para pelajar harus mendapat keputusan yang baik dalam pepeniksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.
Cara ketiga: Mereka yang memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk tempoh setahun.