Klik untuk paparan lebih jelas |
Perakaunan masih merupakan satu bidang penting tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini.
Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.
Program sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/instjtusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.
Kursus-kursus dan program perakaunan telah distrukturkan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.
Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.
Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya berkeupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan hartanah dan dunia pelaburan.
Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Berminat dengan profesion ini
(ii) Berpengetahuan di bidang matematik
(iii) Berminat dengan perkembangan bidang ekonomi dan perdagangan
(iv) Mempunyai pengetahuan tentang komputer
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Beberapa universiti tempatan ada menawarkan program perakaunan di peringkat sarjana muda iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Malaya (UM),
Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Utara Malaysia (UUM),
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan
Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Universiti-universiti di luar negara seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan United Kingdom turut menawarkan program ini.
Universiti-universiti swasta seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Telekom juga menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda.
Di peringkat diploma, IPT tempatan yang menawarkan program ini termasuk Universiti Teknologi Mara(UiTM), politeknik Kementenian Pendidikan, Kolej Sultan Abidin (KUSZA), maktab perguruan dan beberapa pengajian swasta.
SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
(i) Peringkat sijil atau diploma
Pelajar harus lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan matematik.
(ii) Peringkat ijazah sarjana muda
Terdapat tiga cara untuk mengikuti program perakaunan di peringkat ini:
Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan baik peringkat SPM serta kepujian bahasa Melayu dan matematik untuk dipilih masuk ke program matrikulasi ekonomi perakaunan. Selepas menamatkan pengajian di peringkat pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.
Cara kedua: Pelajar harus mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat prinsipal yang baik dalam mata pelajaran ekonomi atau perakaunan. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama.
Cara ketiga: Mereka yang memiliki Sijil atau Diploma Per¬akaunan atau kelulusan lain yang berkaitan dari universiti / IPT tempatan juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama.
Cara keempat: Untuk melanjutkan pengajian di UiTM, calon perlu lulus Diploma perakaunan dan UiTM atau diploma lain yang boleh dipertimbangkan.
Cara kelima: Program pengajian ke mar negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil calon yang lulus pangkat satu SPM. Calon perlu lulus kepujian bahasa Inggeris serta mendapat tiga agregat dalam gabungan mata pelajaran matematik, prinsip akaun atau ekonomi asas atau perdagangan.
Cara keenam: Bagi kemasukan ke universiti-universiti swasta, calon lepasan SPM/SPMV atau STPM boleh memohon masuk dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Inggenis, bahasa Melayu dan matematik di peringkat SPM/SPMV. Bagi calon STPM mereka perlu lulus sekurang-kurangnya tiga prinsipal termasuk mata pelajaran ekonomi atau matematik atau perakaunan.
Sumber : Laluan Kerjaya