Selamat Datang ke Laman Rasmi Alumni MRSM Tawau, Sabah! Semoga Laman ini memberi INFO kepada anda semua. Salam dari kami, Alumnians MRSM Tawau, Sabah. ( ALMART )

Selamat Hari Guru =D

Posted by andynurehanadibahrahim On 1:31 AM

oleh: Andy Nurehan Adibah Rahim





Sejarah Hari Guru, kenapa tarikh 16 Mei menjadi pilihan?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu

sumber:http://www.moe.gov.my/hariguru/



Hari Guru, Hari yang memberi seribu satu makna kepada insan insan terpilih yang telah dipertanggungjawabkan menjadi seorang pendidik. tanpa guru siapalah kita, modal insan yang diharapkan mampu menjadi tunggak negara pada masa hadapan. Tidak kira guru sewaktu tadika, sekolah rendah, sekolah menegah, mahupun semasa berada di institut pengajian tinggi, guru pengajian Al quran, malah guru apa pun,  mereka wajar dihargai pada hari yang istimewa ini. Tapi pendapat ikhlas saya saya sendiri, seorang pelajar tidak hanya harus memberikan penghargaan mereka pada hari tersebut, malah setiap hari.

Oleh itu, wajar rasanya jika kita meluangkan sedikit masa kita yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para pendidik yang telah bersusah payah untuk mengajar kita menjadi insan yang berguna. Menjadi bekas pelajar Maktab Rendah Sains MAra Tawau,  para pelajar yang tinggal di asrama membuatkan kita menjadi rapat dengan guru -guru kita. Apatah lagi dengan pelaksanaan sistem Homeroom/ atau sistem keluarga angkat, seorang guru yang dipertanggungkawabkan untuk menjadi wakil ibu bapa semasa di maktab membuatkan seorang pelajar menjadi lebih rapat kepada seorang guru.

Kepada warga pendidik di Maktab Rendah Sains Mara Tawau, guru-guru yang berwibawa, berdedikasi dan prihatin kepada kami dan yang telah mengajar kami tentang pelbagai ilmu pengetahuan duniaawi dan ukrawi.  Ilmu yang diajar itu  bukan sahaja berkisar dalam syllybus di dalam buku teks dan bakal disoal semasa peperiksaan, malah ia sebenarnya lebih daripada itu.

Guru mengajar kita erti kehidupan. Mengajar kita erti tanggungjawab, mengajar kita untuk lebih ikhlas dalam membuat suatu perkara. mengajar kita erti kematangan rasa kasih dan kepentingan hubungan yang baik antara dua pihak iaitu antara guru dan pelajar walaupun tanpa dipisahkan had umur. Kini terbuktinya komitmen yang tinggi dan kerjasama yang baik antara guru dan pelajar mampu menghasilkan impak yang positif kepada banyak pihak, sekolah, guru, dan pelajar itu sendiri.

Masih jelas dalam ingatan kami, anda menasihati kami, anda memarahi kami,  anda mendenda kami, anda merajuk kerana kedegilan kami dan kemalasan kami. tapi kini semuanya bertukar  menjadi kenagan yang sungguh berharga, sukar untuk dicari ganti. Bukti betapa anda menyayangi kami dan prihatin kepada kami.

Terima kasih guru atas pengorbanan yang telah anda lakukan kepada kami insan yang bergelar pelajar.

ni antara trademark guru -guru yang menjadi pujaan kami =D

Cikgu Nas: Mau jadi apa kamu?
Cikgu Win: Kusung!
Cikgu Pija: Go Baby Go!
Cikgu Maslumah: haah! kenapa lambat?
Sir Gilbert: Be Realistic people! Amazing people! Tausuk!
Teacher Mutiah: Jagak kamu arr!
Cikgu Yusuf:Ok baby2. ni soalan paling senang di dunia?

SELAMAT HARI GURU. SEMOGA ANDA TERUS DILIMPAHI KEBAHAGIAAN DAN RAHMAT. SEMOGA TERUS MENJADI PENDIDIK YANG BERWIBAWA. JASA ANDA AKAN KAMI KENANG SAMPAI BILA-BILA.





INGATAN IKHLAS DARIPADA BEKAS PELAJAR MRSM TAWAU SABAH.

Comments
2 Comments