Selamat Datang ke Laman Rasmi Alumni MRSM Tawau, Sabah! Semoga Laman ini memberi INFO kepada anda semua. Salam dari kami, Alumnians MRSM Tawau, Sabah. ( ALMART )

Peguam

Posted by alumnimrsmtawau On 2:30 PM



Ada bermacam-macam program asasi atau matrikulasi yang menawarkan asasi atau matrikulasi undang-undang. Antaranya matrikulasi undang-undang UIA, tamhidi syariah atau undang-undang USIM dan juga asasi undang-undang yang dikendalikan oleh Kementerian PengajianTinggi Malaysia (KPTM) dan juga asasi undang-undang kendalian UiTM.

Dulu saya apply UPU dengan memilih asasi undang-undang KPTM. Program ni adalah persediaan kepada mana-manastudents yang berminat untuk membuat ijazah sarjana muda undang-undang yang akan ditempatkan di beberapa IPTA terpilih antaranya UM, UKM, UUM dan UDM.

Nak tak nak, sepanjang seseorang tu belajar asasi undang-undang KPTM yang mana mereka semua akan ditempatkan di UiTM Shah Alam selama 2 semester atau 1 tahun. Mereka wajib mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 dan MUET at least band 3. Syarat kelayakan tu mungkin akan naik dari tahun ke tahun bergantung kepada tahap atau prestasi pelajar-pelajar masa asasi.

So, after dah habis asasi undang-undang KPTM, mereka kena online UPU sekali lagi bagi meneruskan pengajian mereka pada peringkat ijazah sarjana muda undang-undang berdasarkan kepada mana-mana universiti yang mereka nak dan sesuai dengan kelayakan mereka. Tapi jangan risau, rezeki ada di mana-mana InsyaAllah.
Penjelasan Kursus:
Bila bercerita soal ijazah sarjana muda undang-undang, ijazah ini memerlukan anda untuk menghabiskan 4 tahun pengajian bermakna anda perlu menghabiskan 8 semester. Tapi, harus diingatkan lain IPTA lain caranya. Macam di UUM, degree lawyang ditawarkan adalah menjurus dalam bidang sivil semata-mata, bermakna mana-mana pelajar yg boleh membuat double degree iaitu sivil dan syariah, sistemnya mungkin berlainan.

Mana-mana students yang buat double degree syariah dan sivil, mereka boleh practise di kedua-dua bidang. Itu yg saya tahu setakat ini. Tapi jangan risau. Kalau anda berminat secara mendalam dan wujud inisiatif sendiri, InsyaAllah anda boleh melakukannya.

Dalam anda belajar degree law, anda akan didedahkan kepada pelbagai subjek law yang mungkin anda dah taw dan tak tahu. Subjek-subjek seperti constitutional law, criminal law, tort law, business law dan sebagainya yang perlu akan diajar kepada anda.

Antara aktiviti yang anda boleh join ntuk memantapkan anda sebagai future legal practitioner adalah mooting, mock trial dan debat undang-undang. Apart from that, anda juga akan menjalani praktikal sama ada di mahkamah atau mana-mana tempat yang memerlukan khidmat nasihat guaman dan untuk perkara ini. Jangan risau, universiti tempat anda belajar law pasti akan membantu.

Cabaran:
Cabaran, emm seperti biasalah. Seseorang law student tu wajib menguasai bidang teori dan juga praktikaliti undang-undang secara holistik. Maksudnya setiap law student perlu menguasai bagaimana nak menghubungkan teori undang-undang yang mereka pelajari dengan realiti hidup yang berlaku sama ada praktikali undang-undang berlaku selaras dengan teori atau tidak.

Apabila ada masalah berlaku, maka students patut mengetahui bagaimana untuk membetulkan masalah tu. Lecturers akan beri bimbingan dan law students pun patut banyak melakukan inisiatif sendiri untuk memantapkan pengetahuan teori dan praktikaliti undang-undangnya. InsyaAllah boleh.

Peluang Kerja:
Habis pengajian anda, anda mempunyai banyak peluang sama ada untuk melakukanchambering atau menyambung pengajian anda kepada peringkat yg lebih tinggi mungkin kalau anda berminat untuk menjadi lecturer atau sebagainya. Apapun, mindset yang perlu diubah ialah tidak semestinya seseorang yang belajar law tu perlu jadi peguam.TIDAK SAMA SEKALI!

Peluang kerjaya dalam bidang undang-undang sangat meluas kerana bidang undang-undang adalah merupakan kursus sastera profesional, bermakna peluang kerjaya merangkumi banyak aspek yangg memerlukan praktikaliti undang-undang. Bukan sahaja peguam, bahkan seseorang tu boleh menjadi legal advisor, judges, magistrates,PTD dn banyak lagi.

Sebenarnya, peluang kerjaya tu biasanya berdasarkan pada explanation dari lecturers, seniors or any other sources yg law students patut tahu bagaimana nak search. InsyaAllah,anda semua akan mengetahuinya jua nanti!

Subjek SPM yang perlu dikuasai:
Jadi my simple advice, before or after finishing SPM, trylah untuk pastikan sume subjek SPM kredit and make sure that Bahasa Melayu, English, Sejarah at least dapat A2. Bukan apa, budak makin lama makin pandai. So try to do the very best in youur SPM!


Muhammad Amin Firdaus bin Mashudi,
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang,
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sumber : Laluan Kerjaya

Kerjaya Peguam

Posted by alumnimrsmtawau On 2:25 PM



Negara ini masih kekurangan rakyat yang menceburi bidang guaman dan disebabkan oleh kekurangan yang ketara ini mereka yang berkelayakan mempunyai peluang yang besar dan pasaran yang tinggi.

Untuk menjadi seorang peguam, beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu kelayakan akademik di bidang undang­undang, berkemahiran dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik, di samping mempunyai kebolehan untuk menilai, meneliti, menterjemah dan ber­pandangan jauh dan mempunyai tabiat suka membaca.

Tidak memadai jika sekadar berbekalkan ilmu dan pe­ngajian dan universiti semata-mata untuk menjadi peguam, kerana banyak faktor lain yang perlu sama dipertimbangkan. Antaranya ialah persediaan diri secara mental, disiplin dan kematangan berfikir selaras dengan falsafah undang-undang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara tugas seorang peguam ialah menasihat dan menjadi pakar rujuk yang bijak dan berpengetahuan secara teori dan praktikal mengikut kesesuaian dengan kes dan keadaan, menjadi peguambela dan peguamcara yang berpengalaman, cekap dan mahir dalam hal-hal pendakwaan dan pembelaan hak di sisi undang-undang, di samping mem­perbaiki dan meningkatkan taraf profesionnya, mahkamah dan undang-undang itu sendiri.

Kerjaya di bidang ini adalah luas kerana ia merangkumi segala aspek kegiatan manusia, ekonomi, politik dan sebagainya. Dewasa ini mereka yang berkelulusan di bidang undang-undang boleh berkhidmat di sektor kerajaan atau di swasta seperti di institusi kewangan, petroleum, industri, telekomunikasi, hartanah, perakaunan dan insurans sebagai penasihat undang-undang. Contohnya, bagi mereka yang memiliki pengalaman, boleh membuka firma guaman secara persendirian atau perkongsian.


Bagi yang berpengalaman dan berkaliber, mereka mungkin akan dilantik sebagai hakim mahkamah rendah dan tinggi, yang lainnya boleh menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan negeri dan persekutuan. Mereka juga bertanggung­jawab merangka undang-undang secara tepat dan terperinci. Undang-undang dan akta-akta polis, askar, jabatan buruh, kastam, jabatan hasil dalam negeri dan jawatan lain di agensi-­agensi kerajaan adalah dalam bidang tugas mereka.

Sumber : Laluan Kerjaya

Kerjaya Guru

Posted by alumnimrsmtawau On 2:20 PM



Guru ibarat ibu bapa di sekolah. Seperti kata Allahyarham Hamka: Seorang murid mestilah mengakui akan kelebihan gurunya dan rnenghormatinya kerana guru itu adalah sama dengan ibu bapa tentang kebesaran jasanya. Ibu bapa mengasuh tubuh sejak kecil, tetapi guru melatih jiwa supaya berfaedah setelah besar.

Begittilah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Profesion perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan. Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan malah kini telah wujud sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idnis (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Di peringkat universiti banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan. Malah Kementenian Pendidikan merancang meramaikan lagi bilangan guru-guru yang berpendidikan diploma dan ijazah.

Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, Kementerian Pendidikan membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peningkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka. Ini selaras dengan usaha Kementenian Pendidikan untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk, maka semakin banyak guru diperlukan tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar. Pendek kata di mana ada sekolah, maka di situ pastinya ada guru.

Lulusan institusi pengajian di bidang mi tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh Kementenian Pendidikan selepas menamatkan pengajian. Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.

Daripada segi pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.  Maktab-maktab perguruan dan universiti menawarkan pelbagai kursus yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah atau menengah. Maktab-maktab perguruan menawarkan kursus berkaitan mata pelajaran sekolah rendah dan menengah rendah, sementara universiti menawarkan kursus yang diajar di peningkat menengah atas.

Para pelajar boleh memilih kursus yang sesuai sama ada aliran sains, sastera, agama, teknik, vokasional atau bahasa.terletak  Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlainat murninya. Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati profesion ini
(ii) Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar
(iii) Sanggup mendidik dan menunjuk ajar munid-munid
(iv) Bersifat sabar
(v) Berkeperibadian mulia
(vi) Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
(vii) Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang guru, individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Para pelajar boleh melanjutkan pengajian sama ada di maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus penguruan di peningkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.

SYARAT YANG DIPERLUKAN

(i) Peringkat sijil dan diploma
Pelajar harus lulus dengan baik di peningkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kepujian bahasa Melayu.

(ii) Peringkat ijazah sarjana muda
Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijaiah sarjana muda:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peningkat SPM untuk dipilih masuk ke program matnikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat mi, para pelajar akan ditawarkan ke peningkat ijazah pertama.

Cara kedua: Para pelajar harus mendapat keputusan yang baik dalam pepeniksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.

Cara ketiga: Mereka yang memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk tempoh setahun.

Kejuruteraan

Posted by alumnimrsmtawau On 2:04 PM



KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?

Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.

Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.

Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.



Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.

Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.

Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.



Ciri-ciri peribadi yang diperlukan


1. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa

2. Mempunyai kemahiran komputer

3. Tekun dan bekerja keras

4. Mempunyai keinginan untuk berjaya

5. Seorang yang dinamik

6. Dapat bekerja secara berkumpulan

7. Meminati profesion ini


Syarat menceburi bidang ini

Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.

Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

Tempat melanjutkan pengajian

Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).

UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.

Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Syarat melanjutkan pengajian

Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.

Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.

Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.

Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM.

Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.

Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.

Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.

Jurutera Aeroangkasa

Posted by alumnimrsmtawau On 1:52 PM



SIAPAKAH ITU JURUTERA AEROANGKASA?
Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), jurutera aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat di dalam mana mana peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.

SIAPAKAH ITU JURUTERA AERONAUTIKAL?
Jurutera Aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan di dalam rangkuman atmosfera bumi.

SIAPAKAH ITU JURUTERA ASTRONAUTIKAL?
Jurutera Astronautikal terlibat dalam bidang penerbangan diluar rangkuman atmosfera bumi.

KUMPULAN KERJA AEROANGKASA?
Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan jurutera, saintis serta juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dan kemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakan  peraturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh jurutera dalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahir mengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerja jurutera dan saintis.

Bidang Kerjaya Aeroangkasa

I. ANALITIKAL
Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasan sesuatu bahan.

II. KOMPUTASI DINAMIK BENDALIR
Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi permukaan pengangkat (lifting surface).

III. ANALISA KOS
Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang boleh dipilih untuk diberikan kontrak kerja.

IV. REKABENTUK
Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukan susunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluan yang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialah merekabentuk pesawat terbang.

V. PERKHIDMATAN PENGGUNA
Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaan dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan pengguna dapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluan semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama rapat denagn jurutera rekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.

VI. UJIAN PENERBANGAN
Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan data data dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalam mencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam meningkatkan serta memastikan tahap prestasi pesawat yang baru dicipta didalam keadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar..

VII. PENGURUSAN
Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitan dengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yang lain.

VIII. PENGELUARAN
Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukan bahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Jurutera pengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasi yang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.

IX. PEMASARAN
Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelangan baru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikat serta memastikanpelangan menerima produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.

X. BAHAN DAN PEMEROSESAN
Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnya ialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.

XI. PERISIAN SISTEM
Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem aeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik.

BIDANG BERKAITAN
Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukan didalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yang berkaitan dalam penentuan keboleh-harapan, keselenggaraan, ketahanan, serta keseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.

BAGAIMANAKAH DENGAN KEADAAN PEKERJAAN?
Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang lebih kurang sama dengan pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain. Kebanyakan kerja dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal penyelidikan.

APAKAH BIDANG MATAPELAJARAN YANG PERLU DIAMBIL BAGI MENYEDIAKAN SAYA UNTUK KERJAYA DIBIDANG AEROANGKASA?
Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan dengan aeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran berkaitan dengan sains dan matematik diberikan penekanan yang sewajarnya. Ini termasuklah Matematik Moden dan Matematik Tambahan serta Fizik. Kursus Komunikasi seperti Bahasa Inggeris juga tidak boleh diabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagi menyelesaikan masalah kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah amat wajar bagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan yang kompleks dalam bahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang difahami.

APAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI SEORANG JURUTERA AEROANGKASA?
Kelayakan minima untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjana muda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan Ph.D pula boleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon pekerjaan. Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya ini diperolehi dengan mengikuti kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusat pengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan / institut Jurutera Berdaftar.  Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan jurutera memperolehi sijil pendaftaran sebelum berkhidmat. Lembaga Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal selia jurutera jurutera diMalaysia dan pendaftaran jurutera profesional pula dikendalikan melalui Institut Jurutera Malaysia.

APAKAH JANGKAAN KERJAYA DI MASA HADAPAN?
Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagi kesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan. Syarikat syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukaran dalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja, pengurangkan perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikan kakitangan. Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai oleh negara maju seperti Amerika Syarikat.

Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang  70% dari pekerjaan baru yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat dari kakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar kelokasi lain atau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidang aeroangkasa adalah menerusi proses ini.

Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan dalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.

Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidang penerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin perkembangan industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam. Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awam telah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawat terbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil seperti IPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME di Malaysia.

APAKAH SARAAN PURATA BAGI KERJAYA INI?
Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.

Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bachelor di bidang bidang berkenaan adalah...

Aeroangkasa.............................$30,860
Kimia........................................$39,204
Awam.......................................$29,809
Elektrikal...................................$34,840
Industrial...................................$33,267
Mekanikal.................................$35,051
Metalurgikal..............................$33,429
Perlombongan...........................$32,638
Nuklear................................... $33,603
Petroleum.................................$38,286

Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah ...
BA/BS................................... $34,100
MS.........................................$40,200
Ph. D......................................$55,300

Sumber : Laluan Kerjaya

Malaysian Medical University

Posted by alumnimrsmtawau On 1:38 PM



International Medical University (IMU)
MBBS (IMU)
Fees: Rm370,000
Website: http://www.imu.edu.my/

Monash University Malaysia Campus
MBBS (Monash)
Fees: RM450,000
Website: http://www.med.monash.edu.my/

Penang Medical School (PMC)
MB BCh BAO (RCSI/UCD)
Fees: RM496,875 / RM655,625 (Twinning)
Twinning program: Compulsory (2.5 / 3.5 years pre-clinical in Dublin, 2.5 years clinical in Penang)
Website: http://www.pmc.edu.my/index.php

Melaka Manipal Medical College (MMMC)
MBBS (MMMC)
Fees: RM303,000
Twinning program: Compulsory (2 years Pre-clinical in India, 3 years clinical in Melaka)
Website: http://www.manipal.edu/INSTITUTIONS/MEDICI…es/Welcome.aspx

Asian Institute of Medicine, Sciences & Technology (AIMST)
MBBS (AIMST)
Fees: Rm250,000
Website: http://www.aimst.edu.my/

Royal College of Medicine Perak (RCMP-UNIKL)
MBBS (Unikl)
Fees: RM 277,040
Website: http://www.perakmed.edu.my/index.php

University College Sedaya International (UCSI)
MD (UCSI)
Fees: Rm255,000
Website: http://www.ucsi.edu.my/programmes/MDMedicine.asp

Allianze College of Medical Sciences (ACMS)
MD (USU) / MD (UKM)
Fees: RM318,460 (MD-USU) / RM307,000 (MD-UKM)
Twinning program: Compulsory (3 Years Pre-clinical in Universitas Sumatra Utara, Medan. 2 Years Clinical in Penang)
Website: http://www.acms.edu.my/

Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
MBBS (CUCMS)
Fees: RM250,000
Website: http://www.cybermed.edu.my/

MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY – INTERNATIONAL MEDICAL SCHOOL (MSU-IMS)
MBBS (MSU) in Bangalore, MBBS (MSU) in Shah Alam
Fees: RM450,000 (IMS Bangalore), RM300,000 (IMS Shah Alam)
Website: http://ims.msu.edu.my/

MAHSA UNIVERSITY COLLEGE
MBBS (MAHSA)
Fees: Rm250,000
Website: http://www.mahsa.edu.my/

TAYLOR’S UNIVERSITY COLLEGE
MBBS (Taylors) or MBBS (SGUL) / MD (UKRIDA) / MuDR (Charles University)
Fees: Rm307,550 (local), 2 years at Taylors College (RM118,000) + St. George’s University (3 years for £82,365) / Charles University (4 years for €52,000)
Website: Taylor’s University College School of Medicine

NEWCASTLE UNIVERSITY – MEDICINE MALAYSIA
MBBS (Newcastle)
Fees: RM450,000
Twinning program: 2 years (UK) + 3 years (Malaysia)
Website: http://numed.ncl.ac.uk

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
MBBS (UTAR)
Fees: RM250,000
Website: http://www.utar.edu.my/main.jsp

Masterskill University College of Health Sciences (MUCH)
MBBS (MUCH)
Fees: ????
Twinning program: Twinning (First 2.5 years in Malaysia + Final 2.5 years in India)
Website: http://www.masterskill.edu.my/MASTERSKILL%…mmes/bcMBBS.php

SEGI University College
MBBS (SEGI)
Fees: ?????
Website: http://www.segi.edu.my/programmes/med/bac_ms.php

Insaniah University College
MBBS (Insaniah)
Fees: ????
Website: http://medic.insaniah.edu.my/main/

Perdana University (Graduate Entry Medical Program)
MD
Fees: 1 Million?!
Website: http://www.perdanauniversity.edu.my/pugsom/

Kenapa Mahu Menjadi Doktor

Posted by alumnimrsmtawau On 1:18 PM



“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.

“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri.Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar.

Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI – HARGA – KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Sumber : Saifulislam

Langkah-Langkah Bijak Dlam Memilih Kejaya

Posted by alumnimrsmtawau On 1:13 PM





Dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan dalam kehidupan, anda perlu bertindak bijak dalam  menyusun strateginya dan merancang tindakan yang perlu diambil dari pelan strategi yang dibuat. Dalam bahagian ini kita akan mengulas dengan lebih lanjut bagaimana langkah-langkah untuk membuat sesuatu keputusan dan pilihan yang bijak dalam menentukan masa hadapan yang cemerlang dunia dan akhirat.

1. Menetapkan matlamat
Dalam merangka masa depan yang realistik, anda terlebih dahulu perlu meletakkan satu matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Misalnya jika anda bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor, maka anda perlu memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan diduduki. Selepas itu, barulah anda boleh memohon untuk memasuki institusi yang menyediaakan program-program persediaan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Justeru itu, pada peringkat awal, anda wajib memiliki matlamat yang jelas. Ingat matlamat itu menjadi tanda arah untuk anda mencapai cita-cita.

2. Tuliskan seberapa banyak alternatif yang boleh difikirkan.
Disini pelajar perla melihat kesan baik dan buruk alternatif yang difikirkan tadi. Buat kajian ringkas kebaikan dan cabaran yang di hadapi apabila memutuskan untuk memilih satu-satu bidang kerjaya.

3. Fikirkan di mana boleh diperolehi maklumat lain sebagai alternatif yang boleh digunakan.

Pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak yang tertentu dan berkaitan dengan maklumat ayng diinginkan itu. Contohnya pelajar boleh memperolehi daripada rakan-rakan, keluarga, agensi-agensi negeri dan pusat, organisasi profesional, online service, akhbar, majalah, buku-buku dan lain-lain lagi.  Namun apa yang pasti maklumat daripada kaunselor-kaunselor sekolah atau tempat anda belajar perlu diperolehi agar dapat digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan.

Melalui kaunselor juga, pelajar akan mampu menyedari tentang keupayaan dan kemampuan diri dalam sesuatu perkara. Contohnya pelajar boleh juga mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya daripada kaunselor-kaunselor anda dalam menentukan masa hadapan kerjaya anda sendiri. Perancangan yang tepat dan bijak serta mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada kaunselor, seseorang itu mampu untuk menentukan masa hadapan atau arah tuju mereka dengan lebih baik lagi.

4. Semak senarai alternatif.

Pelajar perlu memperincikan alternatif-alternatif yang ada dan menyemak setiap alternatif yang ingin dilakukan itu. Ini semua penting bagi melihat apa yang seharusnya dilakukan melalui sub-sub alternatif yang ingin dirancang. Semakin banyak semakan yang dibuat, pelajar akan mendapat maklumat yang lebih banyak lagi dan ini akan menimbulkan pelbagai-bagai idea dan pandangan baru dalam mencapai keputusan yang terbaik. Segala maklumat dan idea-idea baru itu perlu dicatatkan agar pelajar itu tidak lupa apa yang perlu mereka seharusnya lakukan dalam mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka.

5.  Bina peta minda alternatif-alternatif yang dipilih

Para pelajar perlu membuat lakaran gambaran hasil keputusan yang diambilnya untuk menjelaskan lagi bentuk yang dikehendakinya.

6. Bandingkan alternatif-alternatif dengan realiti sebenar.

Para pelajar perlu tahu membandingkan antara alternatif yang dipilih itu yang manakah paling sesuai untuk dicapai dan bersesuaian dengan realiti sebenar. Mereka perlu bijak untuk membezakan alternatif-alternatif yang tidak mungkin untuk  mereka capai.

7. Membuat susunan keutamaan alternatif-alternatif yang dipilih.

Para pelajar perlu melihat nilai-nilai alternatif yang mempunyai kaitan rapat dengan keputusan yang ingin di ambil. Jadi di sini para pelajar perlulah meneliti antara kaitan dengan keputusan yang ingin diambil supaya alternatif yang diambil adalah  realistik.
 Alternatif  dan nilai yang tidak sesuai dengan apa yang ingin dicapai perlulah disingkirkan.

8. Alternatif yang paling sesuai.

Para pelajar perlu mengetahui apakah alternatif yang paling sesuai untuk digunakan. Jika terdapat sesuatu yang tidak baik terhadap alternatif tersebut maka sebaiknya para pelajar mengabaikan alternatif tersebut. Namun jika para pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima tetapi hasilnya adalah memuaskan maka alternatif ini adalah kurang baik untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun jika terdapat alternatif yang memuaskan diri pelajar, maka pelajar perlulah membuat keputusannya.

9. Mengambil tindakan

Apabila keputusan telah dipersetujui, maka keputusan atau tindakan akan dilakukan atau diambil. Jika tindakan yang diambil itu mendatangkan kebimbangan dan ketidakpastian anda pastinya ia akan mengaburkan anda untuk bertindak.

10. Menilai semula tindakan

Di sini para pelajar perlulah sentiasa membuat semakan terhadap keputusan yang dibuat sama ada ia berjalan seperti yang dirancang ataupun sebaliknya. Jika keputusan yang dibuat oleh pelajar itu tidak berjalan seperti yang dirancang, para pelajar perlulah kembali keperingkat awal lagi. Apabila para pelajar kembali ke peringkat awal, maka para pelajar perlulah mempersoalkan dalam diri pelajar sendiri sama ada dirinya mempunyai maklumat yang cukup mengenainya ataupun tidak, mencari apakah punca atau sebab sebenarnya ini terjadi dan perlulah merenungkan dan memikirkan sama ada kegagalan yang dihadapi ini berpunca daripada diri sendiri ataupun berpunca daripada orang lain. Kesemua ini perlulah difikirkan oleh para pelajar sebelum membuat Sebarang tindakan ataupun keputusan.

Para pelajar juga perlulah mengambilkira sama ada ingin mengekalkan keputusan yang dibuat atau ingin mengubah keputusan tersebut berdasarkan hasil yang diperolehi. Ini adalah kerana jika para pelajar ingin mengekalkan keputusan tersebut, maka para pelajar perlulah mengambil tindakan dan jika sebaliknya pelajar juga perlulah mengambil tindakan dengan kembali ke peringkat pemprosesan awal.
Dalam membuat langkah-langkah keputusan ini, terdapat beberapa halangan atau kesilapan yang biasa dilakukan oleh sesetengah para pelajar dalam membuat pilihan keputusan untuk menentukan masa hadapannya. Antara kesilapan yang biasanya dilakukan ialah:
1.   Terlalu bergantung kepada pendapat seorang pakar sahaja.
2.   Overestimating maklumat terhadap pihak tertentu.
3.   Underestimating maklumat terhadap pihak tertentu sahaja
4.   Prejudis dalam diri sendiri dan mahukan semuanya membantu ke arah kehendak anda.
5.   Tidak mendengar apa kata hati dan perasaan.

Bagi mereka yang ingin membuat keputusan kerjaya mereka, mereka juga perlu mengikut susunan langkah-langkah yang bijak untuk membuat pilihan kerjaya yang bijak.

Berasaskan minat anda, anda perlu senaraikan pekerjaan yang berkaitan dengan potensi dan minat diri anda. Anda perlu mengumpul maklumat tentang dunia pekerjaan ini dan maklumat-maklumat ini boleh diperolehi daripada kaunselor-kaunselor anda sendiri. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk dibantu secara teliti bagaimana untuk membuat langkah pertama ini secara berkesan.
Berdasarkan senarai nama pekerjaan yang anda senaraikan itu, anda diminta untuk memotong mana-mana pekerjaan yang tidak atau kurang anda sukai. Ini bermakna jumlah pilihan akan berkurangan.
Membandingkan kesemua pekerjaan itu dan mengenalpasti pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga anda. Di sini anda perlu lihat positif dan negatifnya sesuatu keputusan yang dibuat itu.
Memilih satu daripada ketiga-tiga pilihan itu untuk dijadikan keputusan untuk memilih kerjaya.

PERINGATAN

Untuk mendapatkan keputusan pemilihan kerjaya yang lebih bagus dan menepati potensi diri berjumpalah dengan KAUNSELOR ANDA!!!!!. Anda pasti akan DIBANTU!!!!. Di sana anda akan TEMUI JAWAPANNYA!!!!!.

Sumber : Laluan Kerjaya

Alumni 2nd Batch 2009 / 2010

Posted by alumnimrsmtawau On 11:47 AM








Name : Afiq Hidayat Aripin
Course : Bachelor of Petroleum Engineering
Institute : Universiti Teknologi Malaysia, UTM

Name : Allan Jonis
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS 
Institute : Kolej Teknologi Timur, KTT

Name : Alsenelo Yansik
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS 
Institute : Management Science University, MSU

Name : Gloria Chrisma Jeffrey
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Gray Junior Mojili
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Ima Samsudin
Course : Foundation in Science, PASUM
Institute : Universiti Malaya, UM


Name : Kennedy Julius         
Course : Diploma In Mechanical Engineering ( Aeronautical )
Institute : Universiti Teknologi Malaysia (UTM), International Campus Kuala Lumpur

Name : Mohd Aliff Alfian Roslee
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Islam Antarabangsa, UiA

Name : Muhd Asnawi Vaea
Course : Bachelor of Petroleum Engineering
Institute : Universiti Teknologi Petronas, UTP

Name : Mohd. Fazrul Nawab Abdul Meus
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Mohd Rizal Abdul Rahman
Course : Bachelor of Petroleum Geoscience
Institute : Universiti Teknologi Petronas, UTP

Name : Mohd Syazani Jupri
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBcH.BAO
Institute : Penang Medical College, PMC

Name : Muhammad Nur Aizat bin Kriscylla
Course : Bachelor of Education ( Physics )
Institute : Institut Pendidikan Guru, IPG

Name : Mohd Zulfarhan Ibrahim
Course : Bachelor of Petroleum Engineering
Institute : Universiti Teknologi Petronas, UTP


Name : Nabila Azureen Azis
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS
Institute : Kolej MARA Seremban, KMS

Name : Nasarullah Baharuddin
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS
Institute : Melaka-Manipal Medical College

Name : Nooraisyikeen Mansoor
Course : Bachelor of Dental Surgery, BDS
Insitute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Norafnan Nolhak
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS
Institute : Melaka-Manipal Medical College

Name : Norsafiana Makmur
Course : Bachelor of Pharmacy
Institute : University of Nottingham, Malaysia Campus.

Name : Norsyafiqah Salimun
Course : Bachelor of Petroleum Geoscience
Institute : University Teknologi Petronas, UTP

Name : Nur Farahin Jumalin
Course : Bachelor of Chemical Engineering
Institute : Universiti Tenaga Nasional, UNITEN

Name : Nur Syamimi Saiyidah Azlan
Course : Foundation In Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Ray Jackwel Johnny
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS
Institute : International Medical University, IMU

Name : Ricco Irzwin Syazryn
Course : Matriculation Science Programme 
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Safiyah pirmang
Course : Bachelor of Chemical Engineering
Institute : Universiti Teknologi Petronas, UTP

Name : Syerlyn Suantah
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Labuan Matriculation College, KML

Name : Siti Nurafiqah Zabir
Course : Bachelor of Law
Institute : Universiti Islam Antarabangsa, UIA

Name : Aaron Luin
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Alexis Ketts Batucal
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Amy Shikin Andi Asdi
Course : Matrculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Anselm Ambrews
Course : Diploma in Plantation
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Arrina Sidi
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Asmahani Barjok
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Labuan Matriculation College, KML

Name : Demi Shannen
Course : Diploma in Nursing
Institute : Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu

Name : Dian Asnera Japin
Course : Teaching English as Second Language, TESL
Institute : Institut Pendidikan Guru, IPG

Name : Freisca Donna Sapaun
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Fristian Fabian
Course : Bachelor of Education
Institute : Institut Pendidikan Guru, IPG

Name : Henry Nosi
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Kartika Sari Dewi Mohd. Tahir
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Leowince Likimas
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Melinda Luman
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Mohd Haziq Rapeh
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Mohd Khairul Anwar Bin Ibrahim
Course : Bachelor of Mechanical Engineering
Institute : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM

Name : Mohd Basir Suryanto
Course : Foundation in Physical Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Muhammad Nur Ehsan Daud
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Musliana Ismail
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Nur Farizan Padlan
Course : Diploma in Nursing
Institute : Kolej Kejururawatan

Name : Nurshaqina Tasim
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Nursuhadila Binti Mahmud
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Nurul Fathanah Binti Usman
Course : Bachelor of Medicine and Baachelor of Surgery, MBBS
Institute : Kolej Teknologi Timur, KTT

Name : Ray Edward George
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS
Institute : Kolej Teknologi Timur, KTT

Name : Stanley Jasmin
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Syafiin Jumadi
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM 

Name : Tai Wai Kang
Course : Pre-U Programme
Institute : SM Ken Hwa

Name : Adzrin Bin Asbul
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Ahmad Fawaz Hayadi
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Alwan Kaharuddin
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Hafizah Hj. Rosle
Course : Bachelor of Education ( Pendidikan Islam )
Institute : Institut Pendidikan Guru, IPG

Name : Hafizh Syazwan Nasip
Course : Diploma in Mechanical Engineering
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Henra Bin Nosi
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Ikthteeyar Waidi
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : University of Alexandria, Egypt

Name : Jamaly Hamsyah
Course : Diploma in Electrical Engineering
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Lelah Selamat
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Mohd Anshari Moktar
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Mohd Fikri Mohd Amin
Course : Bachelor of Education
Institute : Institute Pendidikan Guru, IPG

Name : Mohd Syafri Abu Bakar
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Muhammad Iqmal Milido
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Muhd. Syafie Ahmad
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Nur Ashimah Udin
Course : Diploma in Estate Management ( Food Process )
Institute : Universiti Putra Malaysia, UPM

Name : Nur Iswari Masree
Course : Diploma in Estate Management ( Food Process )
Institute : Universiti Putra Malaysia, UPM 

Name : Nurul Istiqfarinah Durming
Course : Diploma in Nursing
Institute : Kolej Kejururawatan Sandakan

Name : Nurul Syarfa Aqilah Molsar
Course : Diploma in Civil Engineering
Institute : Universiti Malaysia Pahang, UMP

Name : Saidatul Hannah Adibah Ahmad Taufik
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Siti Haziqah Agebain
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Solehan  Masran
Course : Diploma in Science Computer
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Umi Rasyidah Rahmat
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Zulhairy Yarde
Course : Diploma in Plantation
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Agus Ferry Budi Hartono Mamat Nurhan
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Amin Shah Kermah
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Andi Muniza Mohd
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Andy Nurehan Adibah Rahim
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Alexandria University, Egypt

Name : Charmaine Dequillo  Roger Dequillo
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Citra Dewi Mohd Ali
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, EGYPT

Name : Fatin Syazwani Azmi
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Fera Noormila Sari Onchi
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Malaysia Sabah, UMS

Name : Inma Ruziana Noor Mohd Yusslin
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS
Institute : Kolej MARA Seremban, KMS

Name : Izzah Syamimi Ismail
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Mohd Faizal Sabran
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Muhd Zulfiqar Hatta
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Najla Pamnan
Course : Bachelor of Law
Institute : Universiti Islam Antarabangsa, UIA

Name : Noor Azella Ahmad
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Nurul Amirah Abdul Rahman
Course : Bachelor of Education ( Biology )
Institute : Institut Pendidikan Guru, IPG

Name : Nurul Ezzani Razmi
Course : Diploma in Public Administration
Institute : Universiti Teknologi MARA

Name : Nur Zaimah Duraman
Course : Bachelor of Law
Institute : Universiti Islam Antarabangsa, UIA

Name : Patimah Nasir
Course : Bachelor of Korean Engineering
Institute : International Education Centre, INTEC

Name : Rahimah Abdul Rahim
Course : Matriculation Accountancy Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Rahimah Binti Rudy
Course : Bachelor of Accounting
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Rosnan Gangra
Course : Diploma in Civil Engineering
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Siti Muafifah Amsah
Course : Diploma in Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Siti Nuraiesyah Samsudin
Course : Foundation In Law
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Abdul Rahman Nrdin
Course : Foundation In Science
Institute : Universiti Malaysia Sabah, UMS

Name : Ahmad Adli Abd Wahap
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Alawiyah Aisyah Mohd Salleh
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Dg. Azemah Ag. Mamun
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, KML

Name : Fandi Helmi
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Malaysia Sabah, UMS

Name : Ibrahin Yuni
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Kasriyani Basri
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Islam Antarabangsa, UIA

Name : Mohammad Rahmat Derise
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, Malaysia.

Name : Mohd Amirul Fazreen
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Mohd Izam Abdullah
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Mohd Jeffrey Ismail
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Mohd Noor Maming
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, Malaysia.

Name : Muhd. Rafie Izwan
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MBBS
Institute : Kolej Mara Banting KMB

Name : Muhammad Bazli Abdul Kasin
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, Malaysia.

Name : Muhammad Danial Muhammad Rais
Course : Foundation in Science
Institute : Universiti Teknologi MARA, UiTM

Name : Muhammad Edwin Ambo Rifai
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, Malaysia.

Name : Niza Soraya Abdul Patar
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Noor Fazilah Ahmad
Course : Diploma in Science Education
Institute : Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI

Name : Norashima Ramlee
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Nur Syafiqah Deanna
Course : Matriculation Science Programme
Institute : Kolej Matrikulasi Labuan, Malaysia.

Name : Nurfatihah Che Abdul Rashid
Course : Bachelor of Electrical Engineering ( Telecommunication) 
Institute : Universiti Teknologi Malaysia, UTM

Name : Nurnabilah Misman
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : University of Al-Azhar , Egypt

Name : Saad Salahuddin Musa
Course : Foundation in Physical Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS

Name : Shahril Nizam Bahar
Course : ( Rekod Tiada Dalam Sistem )
Institute : ( Rekod Tiada Dalam Sistem)

Name : Shahirah Aqilah Tambalang @ Ramlan
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Siti Zahirah Mohd Rizuan
Course : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery, MB BcH
Institute : Tanta University, Egypt

Name : Siti Zakiyyah Md. Soib
Course : Foundation in Life Science
Institute : Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS